KENYATAAN
MEDIA
buat sekian kalinya kemelut kepimpinan politik
Terengganu kembali menjadi perhatian umum apabila bekas menteri besar Dato'
Seri Ahmad Said membuat cabaran terbuka terhadap Menteri Besar Ahmad Razif Abd
Rahman agar meletakkan jawatan sehingga mencetuskan khabar angin mengenai satu
lagi pertukaran Menteri Besar.
Beliau turt membuat pelbagai pendedahan terbuka
mengenai beberapa isu seperti 1MDB yang cuba diseret dengan royalti minyak
Terengganu, telaga minyak bertam yang diserahkan kepada kerajaan Pahang,
pembinaan LPT2 yang menggunakan wang hasil minyak negeri Terengganu serta
penyelewengan beberapa pemimpin tertinggi UMNO Terengganu. Dengan perkembangan
terbaru ini, kedudukan UMNO sebagai parti yang memerintah di negeri Terengganu
sekali lagi berada didalam keadaan terumbang-ambing.
Pada awal mac lalu, Datok Seri Ahmad Said telah
cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif di Dewan Undangan
Negeri Terengganu sehinggakan mencetuskan perdebatan besar mengenai kedudukan
Menteri Besar disisi perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Terengganu.
Walaupun UMNO masih mempunyai kedudukan
"simple majority" di dewan undangan negeri (DUN) dengan 17 ADUN, manakala
pembangkang memiliki 15 kerusi, namum dengan perkembanga terbaru ini, bagi saya
mereka mempunyai beberapa pilihan;
1.
Terus mempertahankan kepimpinan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar sehinggan
pilihanraya Umun ke 14 yang akan datang
2.
Melantik Menteri Besar yang baru
3.
Membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya PAS
4.
Membubarkan DUN dan adakan piliharaya Negeri.
Bagi saya, walaupun dengan kedudukan majoriti
tipis yang ada pada UMNO di DUN, apapun keputusan yang bakal dibuat oleh
pemimpin UMNO, kemelut dalaman kepimpinan mereka telah mengheret rakyat
Terengganu didalam krisis yang tidak berkesudahan ini.
Rata-rata rakyat Terengganu mahu kemelut ini
diselesaikan dengan segera kerana kerana rata-rata rakyat awa, sudah terlalu
muak dengan sikap terlalu banyak 'berpolitiking' sedangkan grakyat kini
dihimpit dengan tekanan kos kehidupan termasuk GST yang amat membebankan
mereka.
Seperti yang telah saya tegaskan Negeri
Terengganu juga sedang berhadapan dengan cabaran getir dengan penurunan drastik
bajet tahunan 2016 dari RM 2.3 bilian kepada hanya sekitar RM 640 juta sahaja
akibat dari terlalu bergantung kerajaan Terengganu kepada sektor minyak dan
gas.
Saya juga ingin senaraikan beberapa
projek-projek mega di seluruh negeri Terengganu serta beberapa pelaburan diluar
negara yang sedang "tenat'.
1.
Projek Taman Ilmu di Tembila yang bernilai lebih dari RM 500 juta
Ia dibina diatas tanah seluas 280 hektar dan
sepatutnya siap pada tahun 2008. Kini projek mega ini terus terbengkalai dan
berhadapan dengan kes saman Mahkamah oleh pihak kontarktor dan kosultan.
2.
Projek Bebas Cukai Kenyir Terengganu yang bernilai lebih RM400 juta
Projek ini sepatutnya beroperasi sepenuhnya pada
tahun 2015 dengan menjanjikan pulangan pelaburan dari Perancis dan China
bernilai 2 billion. Kini projek ini
masih 'sakit' dengan kerajaan negeri sendiri terpaksa mengeluarkan peruntukan
yang besar termasuk pembinaan perumahan dan kompleks kastam.
3.
Pelaburan ladang kelapa sawit bernilai lebih RM400 juta di Kalimantan ,
Indonesia oleh TDM Bhd.
Pembelian kawasan adang kelapa sawit seluas
25,000 hektar itu kini difahamkan kini bermasalah dan berada daidalm keadaan
tidak menentu dan pihak kerajaan negeri sedang berusaha untuk menjualnya
kembali kepada pihak lain.
4. Pembelian syarikat makan segera Chicken
Cottage dengan pelaburan berniai RM25 juta di United Kingdom
Pada tahun 2014, syarikat kerajaan negeri, TI
Global Food Holding LTD, anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd
(Terengganu Inc) telah memperuntukkan RM25 juta untuk membeli 70 peratus
kepentingan dalam syarikat makanansegera yang berpangkalan di United Kingdom,
Chiken Cottage Ltd. Walaupun kini ia membuka cawangan pertama di Kuala
Terengganu, pulangan pelaburan adalah tidak setimpal dan kerajaaan negeri
terpaksa menanggung pelbagai kos sampingan yang membebankan.
Ini tidak termasuk lagi dengan tuntutan kerajaan
negeri Terengganuu kepada kerajaan pusat
seperti tuntutan royalti minyak, tuntutan telaga minyak bertam yang
diserahkan kepada negeri PAhang. Tuntutan pembinaan LPT2 dan pelbagai lagi
projek yang di selewengkan. Atas rasa tanggungjawab inilah saya ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama
mengenepikan sentimen kepartian sempit dan kepentingan peribadi serta sikap
terlalu banyak berpolitik bagi memastikan kepentingan rakyat Terengganu terus
dijamin dan dihormati.
Malah kita sama-sama menyelamatkan negeri
Terengganu ini serta menyempurnakan tanggungjawab secara adil dan saksama,
jujur lagi ikhlas, amanah lagi berintergriti. Kita sama-sama berdoa agar
seluruh rakyat dan negeri Terengganu Darul Iman ini sentiasa dirahmatii oleh
Allah SWT. Bagi kita melangkah ke lembaran baru demi kepentingan agama dan
rakyat khususnya,
SELAMATKAN TERENGGANU DARUL
IMAN
Dr. Syed Azman Syed Ahmad
Nawawi,
ADUN Batu Burok, Terengganu.
8 Ogos 2016 bersamaan 5
Zulkaedah 1437 H
0 comments:
Post a Comment