Ramai yang kecewa hari ini dengan berlangsungnya
sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu mesyuarat ke dua penggal ke empat
2016 di U2 Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Rata-rata ingin melihat sejarah politik yang
bakal dicipta oleh mantan menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada
sebelah pagi tadi dimana tidak kesampaian.
Menurut ADUN Ajil Ghazali Taib, sifat sayang
yang begitu tebal dalam diri Ahmad Said menidakkan perkara itu tidak berlaku.
"Saya percaya, cinta beliau kepada UMNO
amat tebal sekali dan beliau tidak sanggup mengkianati ahli-ahli UMNO di
Terengganu ini,
"Beliau seorang yang gentelmen kerana apa sahaja yang dimainkan
oleh media masa dan sosial yang banyak membuat provokasi sehinggakan pelbagai
pemikiran telah diwujudkan," katanya.
Sehubungan dengan itu, Ahmad yang tidak
menyertai perbahasan pada sesi kedua selepas rehat jam 11.30 pagi tadi
mengesahkan apa dikatakan oleh Ghazali yang juga EXCO Multimedia dan Komunikasi
dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu.
Selain itu, beliau mengharapkan tiada lagi
provokasi keatas dirinya dan juga kepimpinan menteri besar YAB Ahmad Razif Abd
Rahman serta keatas ADUN Kijal itu.
Sidang DUN kali ini berakhir tepat jam 12.45
tengahari tadi dalam keadaan yang tenang dan tiada unsur-unsur provokasi dari
penyokong BN serta PAS.
0 comments:
Post a Comment