Kuala
Lumpur : Mantan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad
Said akur dengan keputusan presiden UMNO Malaysia, Dato Seri Mohd Najib
Tun Razak agar tidak lagi membuat sebarang kenyataan berkaitan pilihanraya
negeri (PRN) di Terengganu.
Sebelum
ini beliau cukup lantang dengan mendesak serta mengugut untuk menjatuhkan
kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu dalam siri ceramah dan juga sidang
media yang lalu.
Menurut
sumber disini, Ahmad akhirnya akur
dengan arahan yang dikeluarkan oleh presiden UMNO juga Perdana Menteri Malaysia
supaya tidak lagi membuat onar dalam UMNO Terengganu.
Katanya,
setelah bertemu empat mata dengan presiden UMNO selama 30 minit itu membuatkan
Ahmad akur dengan kemahuan parti dan apa yang telah dilafazkan sebelum ini.
Menjelang
sidang dewan undangan negeri (DUN) yang bakal berlangsung esok (8 Ogos) Ahmad
yang sebelum ini telah menyatakan kemungkinan akan menarik diri dari terus
kekal menjadi adun BN dan berada dalam bebas sehingga PRU yang akan datang.
Sehubungan
dengan itu, beberapa sumber menyatakan penyebaran video seks pemimpin kanan BN
Terengganu telah menjadi igauan kepada beliau. Adakah beliau salah seorang yang
dikatakan itu???
Tambahnya,
jika Ahmad terus dengan niatnya untuk melemahkan UMNO Terengganu, segala peluru(bukti)
yang ada dalam simpanan seseorang disini akan dilepaskan satu persatu untuk
rakyat menilai apakah perjuangannya selama ini betul ataupun salah.
"Disebabkan
sebaran dimedia sosial beberapa hari ini telah membuatkan Ahmad membisu dan
akan hadir sidang DUN seperti biasa," katanya.
0 comments:
Post a Comment