Home » » ADUN Batu Burok Sedang MEMBUROK

ADUN Batu Burok Sedang MEMBUROK

KENYATAAN MEDIA

buat sekian kalinya kemelut kepimpinan politik Terengganu kembali menjadi perhatian umum apabila bekas menteri besar Dato' Seri Ahmad Said membuat cabaran terbuka terhadap Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman agar meletakkan jawatan sehingga mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran Menteri Besar.

Beliau turt membuat pelbagai pendedahan terbuka mengenai beberapa isu seperti 1MDB yang cuba diseret dengan royalti minyak Terengganu, telaga minyak bertam yang diserahkan kepada kerajaan Pahang, pembinaan LPT2 yang menggunakan wang hasil minyak negeri Terengganu serta penyelewengan beberapa pemimpin tertinggi UMNO Terengganu. Dengan perkembangan terbaru ini, kedudukan UMNO sebagai parti yang memerintah di negeri Terengganu sekali lagi berada didalam keadaan terumbang-ambing.

Pada awal mac lalu, Datok Seri Ahmad Said telah cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif di Dewan Undangan Negeri Terengganu sehinggakan mencetuskan perdebatan besar mengenai kedudukan Menteri Besar disisi perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Terengganu.

Walaupun UMNO masih mempunyai kedudukan "simple majority" di dewan undangan negeri (DUN) dengan 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi, namum dengan perkembanga terbaru ini, bagi saya mereka mempunyai beberapa pilihan;

1. Terus mempertahankan kepimpinan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar sehinggan pilihanraya Umun ke 14 yang akan datang

2. Melantik Menteri Besar yang baru

3. Membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya PAS

4. Membubarkan DUN dan adakan piliharaya Negeri.

Bagi saya, walaupun dengan kedudukan majoriti tipis yang ada pada UMNO di DUN, apapun keputusan yang bakal dibuat oleh pemimpin UMNO, kemelut dalaman kepimpinan mereka telah mengheret rakyat Terengganu didalam krisis yang tidak berkesudahan ini.

Rata-rata rakyat Terengganu mahu kemelut ini diselesaikan dengan segera kerana kerana rata-rata rakyat awa, sudah terlalu muak dengan sikap terlalu banyak 'berpolitiking' sedangkan grakyat kini dihimpit dengan tekanan kos kehidupan termasuk GST yang amat membebankan mereka.

Seperti yang telah saya tegaskan Negeri Terengganu juga sedang berhadapan dengan cabaran getir dengan penurunan drastik bajet tahunan 2016 dari RM 2.3 bilian kepada hanya sekitar RM 640 juta sahaja akibat dari terlalu bergantung kerajaan Terengganu kepada sektor minyak dan gas.

Saya juga ingin senaraikan beberapa projek-projek mega di seluruh negeri Terengganu serta beberapa pelaburan diluar negara yang sedang "tenat'.

1. Projek Taman Ilmu di Tembila yang bernilai lebih dari RM 500 juta

Ia dibina diatas tanah seluas 280 hektar dan sepatutnya siap pada tahun 2008. Kini projek mega ini terus terbengkalai dan berhadapan dengan kes saman Mahkamah oleh pihak kontarktor dan kosultan.

2. Projek Bebas Cukai Kenyir Terengganu yang bernilai lebih RM400 juta

Projek ini sepatutnya beroperasi sepenuhnya pada tahun 2015 dengan menjanjikan pulangan pelaburan dari Perancis dan China bernilai 2 billion. Kini  projek ini masih 'sakit' dengan kerajaan negeri sendiri terpaksa mengeluarkan peruntukan yang besar termasuk pembinaan perumahan dan kompleks kastam.

3. Pelaburan ladang kelapa sawit bernilai lebih RM400 juta di Kalimantan , Indonesia oleh TDM Bhd.

Pembelian kawasan adang kelapa sawit seluas 25,000 hektar itu kini difahamkan kini bermasalah dan berada daidalm keadaan tidak menentu dan pihak kerajaan negeri sedang berusaha untuk menjualnya kembali kepada pihak lain.

4. Pembelian syarikat makan segera Chicken Cottage dengan pelaburan berniai RM25 juta di United Kingdom

Pada tahun 2014, syarikat kerajaan negeri, TI Global Food Holding LTD, anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) telah memperuntukkan RM25 juta untuk membeli 70 peratus kepentingan dalam syarikat makanansegera yang berpangkalan di United Kingdom, Chiken Cottage Ltd. Walaupun kini ia membuka cawangan pertama di Kuala Terengganu, pulangan pelaburan adalah tidak setimpal dan kerajaaan negeri terpaksa menanggung pelbagai kos sampingan yang membebankan.

Ini tidak termasuk lagi dengan tuntutan kerajaan negeri Terengganuu kepada kerajaan pusat  seperti tuntutan royalti minyak, tuntutan telaga minyak bertam yang diserahkan kepada negeri PAhang. Tuntutan pembinaan LPT2 dan pelbagai lagi projek yang di selewengkan. Atas rasa tanggungjawab inilah saya  ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama mengenepikan sentimen kepartian sempit dan kepentingan peribadi serta sikap terlalu banyak berpolitik bagi memastikan kepentingan rakyat Terengganu terus dijamin dan dihormati.

Malah kita sama-sama menyelamatkan negeri Terengganu ini serta menyempurnakan tanggungjawab secara adil dan saksama, jujur lagi ikhlas, amanah lagi berintergriti. Kita sama-sama berdoa agar seluruh rakyat dan negeri Terengganu Darul Iman ini sentiasa dirahmatii oleh Allah SWT. Bagi kita melangkah ke lembaran baru demi kepentingan agama dan rakyat khususnya,

SELAMATKAN TERENGGANU DARUL IMAN
Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi,
ADUN Batu Burok, Terengganu.

8 Ogos 2016 bersamaan 5 Zulkaedah 1437 H 

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. detikrakyat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger