Home » » AHMAD SAID Akur Arahan Presiden UMNO?

AHMAD SAID Akur Arahan Presiden UMNO?

Kuala Lumpur : Mantan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri  Ahmad  Said akur dengan keputusan presiden UMNO Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak agar tidak lagi membuat sebarang kenyataan berkaitan pilihanraya negeri (PRN) di Terengganu.

Sebelum ini beliau cukup lantang dengan mendesak serta mengugut untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu dalam siri ceramah dan juga sidang media yang lalu.

Menurut sumber  disini, Ahmad akhirnya akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh presiden UMNO juga Perdana Menteri Malaysia supaya tidak lagi membuat onar dalam UMNO Terengganu.

Katanya, setelah bertemu empat mata dengan presiden UMNO selama 30 minit itu membuatkan Ahmad akur dengan kemahuan parti dan apa yang telah dilafazkan sebelum ini.

Menjelang sidang dewan undangan negeri (DUN) yang bakal berlangsung esok (8 Ogos) Ahmad yang sebelum ini telah menyatakan kemungkinan akan menarik diri dari terus kekal menjadi adun BN dan berada dalam bebas sehingga PRU yang akan datang.

Sehubungan dengan itu, beberapa sumber menyatakan penyebaran video seks pemimpin kanan BN Terengganu telah menjadi igauan kepada beliau. Adakah beliau salah seorang yang dikatakan itu???

Tambahnya, jika Ahmad terus dengan niatnya untuk melemahkan UMNO Terengganu, segala peluru(bukti) yang ada dalam simpanan seseorang disini akan dilepaskan satu persatu untuk rakyat menilai apakah perjuangannya selama ini betul ataupun salah.


"Disebabkan sebaran dimedia sosial beberapa hari ini telah membuatkan Ahmad membisu dan akan hadir sidang DUN seperti biasa," katanya. 

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. detikrakyat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger