Home » » TIADA Provokasi Semasa Sidang DUN Berlangsung

TIADA Provokasi Semasa Sidang DUN Berlangsung

Ramai yang kecewa hari ini dengan berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu mesyuarat ke dua penggal ke empat 2016 di U2 Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Rata-rata ingin melihat sejarah politik yang bakal dicipta oleh mantan menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada sebelah pagi tadi dimana tidak kesampaian.

Menurut ADUN Ajil Ghazali Taib, sifat sayang yang begitu tebal dalam diri Ahmad Said menidakkan perkara itu tidak berlaku.

"Saya percaya, cinta beliau kepada UMNO amat tebal sekali dan beliau tidak sanggup mengkianati ahli-ahli UMNO di Terengganu ini,

"Beliau seorang yang  gentelmen kerana apa sahaja yang dimainkan oleh media masa dan sosial yang banyak membuat provokasi sehinggakan pelbagai pemikiran telah diwujudkan," katanya.

Sehubungan dengan itu, Ahmad yang tidak menyertai perbahasan pada sesi kedua selepas rehat jam 11.30 pagi tadi mengesahkan apa dikatakan oleh Ghazali yang juga EXCO Multimedia dan Komunikasi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu.

Selain itu, beliau mengharapkan tiada lagi provokasi keatas dirinya dan juga kepimpinan menteri besar YAB Ahmad Razif Abd Rahman  serta keatas ADUN Kijal itu.


Sidang DUN kali ini berakhir tepat jam 12.45 tengahari tadi dalam keadaan yang tenang dan tiada unsur-unsur provokasi dari penyokong BN serta PAS.  

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. detikrakyat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger