Home » , » Dato Nasir Ibrahim Fikri lacurkan anak demi politik

Dato Nasir Ibrahim Fikri lacurkan anak demi politik



SIAPA yang tidak kenal dengan Dato Nasir Ibrahim Fikri. Anak kepada bekas Menteri Besar Terengganu yang kalah bertanding kerusi Parlimen Kuala Nerus dalam PRU ke-13 lalu.

Kemudian kalah lagi dalam merebut jawatan Ketua UMNO bahagian Kuala Nerus kepada MB Ahmad Razif. Kekalahan demi kekalahan yang diciptanya bagaimanapun tidak menimbulkan kesedaran bahawa dia ditolak secara total oleh penduduk dan pengundi Kuala Nerus.

Bagaimana mahu menang kalau asyik menunjukkan kekayaan dan tidak mesra kepada orang ramai. Amat berbeza dengan karakter ayahnya bagaikan langit dengan bumi. Dia lebih gemar ke Kuala Lumpur melobi projek untuk mengumpul kekayaan sendiri.

Kalau tidak percaya berapa banyak harta yang dikumpul. Tanya Syed Anwar dan Mohd Jamil mereka ini yang selalu membontoti Nasir. Tapi sekarang katanya mereka pun sudah lari kerana dedak yang diberi semakin sedikit.

Sekarang Nasir seolah-olah pedoman apabila melacurkan anaknya sendiri demi kelangsungan politiknya yang dilihat sudah pun tamat. Kesian anaknya Aizat Fikri yang kini bersungguh-sungguh menulis kononnya MB Terengganu ini lemah.

Budak sekolah pun tahu apa niat dan tujuan Aizat menulis artikel iaitu bagi menimbulkan spekulasi buruk terhadap MB sekarang. Artikel yang ditulis Aizat amat daif dan semua yang membaca tulisan pasti akan tahu tujuannya tidak lain dan tidak bukan melangsai dendam ayahnya.
Jika dilihat daripada personaliti Aizat pula dia layak digelar sebagai Jho Low Melayu kerana sentiasa dilihat berfoya-foya di kelab malam, mabuk serta kaki perempuan dengan wang ayahnya. Kelab mana yang tidak kenal akan Aizat. Jutawan muda itu dilihat tidak pernah kehabisan duit.

Mungkin sebagai balasan sikap pemurah Dato Nasir yang tidak pernah putus menabur begitu banyak duit kepadanya untuk berfoya maka Aizat melacurkan diri bagi menulis artikel berbentuk fitnah kepada pemimpin UMNO negeri.


Mungkin Aizat ini lupa bahawa ayahnya itu sebenarnya tidak berwawasan serta bercelaru fikirannya. Adalah lebih baik Aizat membawa Dato Nasir menjalani pemeriksaan mental kerana dilihat daya pemikirannya semakin lemah (nyanyuk).

 Tidak ada sebab untuk Aizat untuk mempertahankan ayahnya Dato Nasir itu yang di kampung orang menggelarnya ayam mapuh. Jangan kerana dendam si anak pula dididik dan diasuh untuk menjadi 'pelacur'  politik.

Alangkah baiknya kalau Dato Nasir memberi lebih perhatian kepada anaknya Aizat dengan ilmu agama Islam kerana cara hidup mereka semua ke arah maksiat. Cukuplah menjadi pelacur kepada ayah sendiri Aizat.


Kesianlah kepada diri sendiri kerana yang jadi ayam mapuh adalah Dato Nasir bukannya dirinya. Mungkin ini adalah penamat survival politik keluarga Ibrahim Fikri yang dahulunya disanjung. Malang bagi Ibrahim Fikri kerana mempunyai baka yang tidak menjadi.

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. detikrakyat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger